Entri 1st ni nak kongsi pengalaman saya sekeluarga ke Hotel Casuarina di Ipoh atau lebih dikenali sebagai Casuarina@Meru.
Ngam-ngam pukul 2, kami pergi check in. Then suddenly receptionist cakap 1 room boleh check in, yang satu lagi tu lewat sikit. So bila cakap lewat sket, it's okey. We can wait. Tok ayah dan tok mak lepak dalam bilik kami dulu sementara nak tunggu bilik mereka siap. Finally after 2 hours waiting, baru dapat masuk (2 hours kaw!). So disebabkan bilik masuk lambat, saya request untuk check out lewat 2 jam. So mereka agreed. Alhamdulillah
Risik punya risik patutla bukan main lama penghuni tu nak check out. Rupa-rupanya VVIP. Ada majlis apa ntah. Saya tak ambil peduli sangat tapi masa nak check in ada la nampak muka-muka menteri kat lobby. Maybe ni hotel milik kerajaan negeri, ada majlis mereka agaknya. Malam pulak, ada event. Yuna buat performance. Receptionist cakap Sultan Tuanku Nazrin datang. Saya tak pasti tentang tu. Sampai hotel kerja nak tido je
Secara umumnya, hotel ni bagi saya memuaskan. Ia nampak agak baru (bau cat pun masih ada). Susunan perabot, katil, design bilik air, keluasan boleh diterima. Agak selesa la nak duduk beberapa hari.
PapaPanda Review
Design hotel: 3 Stars
Kebersihan: 4 Stars
Makanan: 4 Stars
Perkhidmatan: 3 Stars
Tak plan sebenarnya nak ke ipoh. Tup-tup my wife cakap nak teman tok ayah dan tok mak hadiri majlis perkahwinan sepupu so dia terus booking hotel kat Agoda.com. Al-maklumlah, hujung minggu, cuti school plak kan. Definitely price hotel mana-mana pun mahal. Satu malam RM250 per room rasanya. Tapi orang rumah kata dia sponsor, saya follow je. Hehe
So macam biasa, saya lah pemandu grab yang berhemah. Perjalan dari KL ke ipoh amik masa 3 jam setengah. Sebelom nak check in (2.00 pm), singgah ke Mydin Mall meru Raya Ipoh yang terletak just bersebelahan dengan hotel. Serius besar.
![]() |
Serius besar. Nama pun mall kan |
![]() |
Singgah di food court. Bersih dan selesa |
Besar dan selesa juga food court a.k.a Rasa Village ni. Time tu pulak orang memang agak ramai. So kami semua pakat-pakat makan apa yang ada je. Bukan ada nasi kandar je ye. Banyak lagi kedai lain cuma tak snap gambar (perut papapanda dah lapar).
![]() |
Abang al-amin dan adik al-fateh tengah tunggu makanan |
![]() |
Kawasan lobby hotel |
Review Hotel Casuarina@Meru
Secara umumnya, hotel ni bagi saya memuaskan. Ia nampak agak baru (bau cat pun masih ada). Susunan perabot, katil, design bilik air, keluasan boleh diterima. Agak selesa la nak duduk beberapa hari.
Cuma view dia kureng sket sebab al-maklumlah kawasan baru. Kiri kanan pun kawasan kedai banyak yang belum buka. View bilik kami adalah tanah kosong yang sedang dibangunkan.
![]() |
Tanah gersang view dari tingkap |
Dari hotel ni pun tak berapa jauh dengan bandar ipoh. Dalam beberapa minit je. Petang tu ade jugak la abi bawa jalan-jalan ke Ipoh Parade.
Perkara yang unik tentang hotel ni adalah lif dia. Kalau nak naik, mesti kena bawa kad access bilik. Contohnya kalau nak pergi tingkat 6, touch card dan tekan no 6. Kalau tak ada card, memang duduk je la dalam lift tu tak gerak-gerak. Kalau nak turun takde masalah walaupun tanpa card.
Ada dua benda je yang buat saya frust pasal hotel ni. Takde swimming pool dan balkoni. Baru plan nak bawak abang amin dan adik fateh main kolam.
PapaPanda Review
Design hotel: 3 Stars
Kebersihan: 4 Stars
Makanan: 4 Stars
Perkhidmatan: 3 Stars
0 Comments