Raya 2018 ni abi n umi plan tuk booking hotel di parit buntar. So umi tolong survey di Agoda.com. Disebabkan decision last minutes, abi n umi boleh expect yang harga akan lebih mahal berbanding tempahan awal.
Survey punya survey, finally umi jumpa 1 je hotel yang available untuk date 1st raya sampai 3rd raya. Book je lah. Kalo delay lagi lagi mahal. Hotel tu dikenali sebagai K Garden Hotel. Terletak dekat pusat bandar area parit buntar. Umi dapat harga RM330 untuk 3 hari 2 malam.
Hotel ni mcm baru. So condition dia mmg agak tiptop.
Bilik
Bersih dan kemas. Bilik kami ade 2 katil single. Ade disediakan telefon. Plug ada 2. Boleh la nak charge 2 hp. ade 1 flat lcd tv melekat kat dinding. Yang kureng bila tv ni takde slot usb. Tak boleh abi nak pasang movie untuk anak2. Almari pulak jenis open. So trus gantung senang. Ade 1 meja make-up dengan cermin yang besar. Ade 1 mini peti sejuk, peti besi, dan heater with free 2 bungkus 3in1 neskafe. Aircond pulak memang best, tilam n bantal selesa, bilik air pon cantik dan bersih. Juga dapat wifi free. Laju pulak tu. Memang best reply ucap Selamat Hari Raya.
Bilik air
Dalam bilik air semua basic toiletries ada termasuk hair dryer. Tekanan air pun kuat. Water heater berfungsi dengan baik.
Parking
Kawasan hotel ni dekat dengan pusat komersial. So dia jenis open parking. Namun disebabkan K Hotel ni dia punya lokasi agak blakang sket, majoriti kereta yang park adalah penghuni yang menginap kat hotel tu.
Kafe
Hotel ni juga ade kafe. Cuma abi tak sempat nak jenguk2. Kebetulan kami order tak termasuk pakej breakfast. Tengok dari luar macam ramai juga pengunjung breakfast. Tapi jangan risau, disekitar hotel ni ada banyak restoran atau tempat2 makan. Just round2 mesti jumpa.
Tips keselamatan
Walaupun kedudukan hotel terletak di kawasan belakang2 dari jalan utama, still ada kenderaan yang lalu lalang. Ketika nak keluarkan anak2 kecil atau barang2, sila berhati2. Juga terdapat anjing2 liar yang berkeliaran di sekitar kawasan tersebut.
Oku friendly
Hotel ni bagus sebab ade kemudahan utk mereka yang menggunakan wheelchair. Cumanya dia tak sediakan special park for oku. Dalam hotel 3 tingkat ni juga disediakan lif.
Sekian. Semoga bermanfaat
0 Comments