Kali ni saya sekeluarga bawa anak-anak panda ke Jumpers Land Melaka. Plan awal nak ke Zoo Melaka, tapi bila tengok cuaca tak berapa nak cerah dan rujuk jabatan kaji cuaca, nampaknya tak berapa nak sesuai buat aktiviti outdoor untuk 2 day bercuti di Melaka.

So saya survey tempat2 menarik di sekitar The Shore Hotel & Residences and finally jumpa Jumpers Land ni. Kebetulan jarak tak berapa jauh dari hotel. Just 3.7 km je. So pagi tu siap2, lepas breakfast terus gerak ke Elements Mall Melaka.
entrance fee jumpers land
JUMPERS LAND LEVEL 3

Bagi yang tak pernah datang ke sini mcm, mmg pening sikit nak jumpa Jumpers Land. Al maklumlah, Elements Mall Melaka ni agak baru. Kedai pon tak berapa banyak lagi. Kat level ni, just ade indoor game ni je.

Kami sampai sini jam 1030. Memang takde orang lagi. So papa panda and mama panda bawak anak-anak panda masuk. Anak-anak memang puas hati la sebab Jumpers Land ni mereka yang punya! Hahaha Disebabkan papa panda and mama panda always plan bercuti hari bekerja, maka harga tiket opkos la lebih murah. Boleh rujuk gambar di bawah untuk harga tiket Jumpers Land Melaka.

ticket price for entrance jumpers land


PapaPanda Review Jumpers Land Indoor Playground Melaka


Indoor Playground

Playground dalam ni memang banyak, besar dan bertingkat-tingkat. Kat dalam ni juga ada Jumpers Trampoline. Memang luas. Orang dewasa boleh masuk cuma tak boleh lompat. Ni paling sedeh! Aircond memang superb. Berjam-jam kami kat Jumpers Land, cuaca dalam ni memang nyaman. Rasa macam nak tido

trempoline for kids at jumpers land
Trempoline

indoor playgym yang sangat besar di jumpers land
Besar kan?

safety box di jumpers land
Ada peti simpanan

spacious playarea in jumpers land
Luas sangat. Memang puas hati

jumpers land playing area
Lari puas-puas

my kids playing block at jumpers land melacca
Block ni kalau main memang mengasyikkan
Keselamatan

1 ruang masuk dan 1 ruang keluar. Pintu keluar masuk ni sentiasa dijaga. Sekeliling Jumpers Land ni berpagar. Lantai pun berspan. So memang nice. Barang-barang dalam indoor playground ni baru belaka. Takde bahagian bucu yang terkoyak. Tali-tali yang ada masih padat lagi. Even tiang-tiang yang ada pun dibalut dengan penyerap hentakan. Sedap untuk bersandar.

Toilet

Toilet disediakan dalam Jumpers Land tapi masa kami datang tu, toilet masih dalam renovation. Tapi tak risau sangat pon sebab public toilet ade je kat luar. Dekat sangat dekat pintu masuk. Cuma leceh sebab kena pergi ke rak kasut, pakai kasut bagai.

toilet di jumpers land melaka

Itu sahaja review untuk Jumpers Land Melaka. Semoga bermanfaat!

NOTA PAPAPANDA


Jangan lupa bawa stokin ye. Kalau tak bawa tak boleh masuk & kalau nak masuk kena beli la stokin. Ade di jual di kaunter.