Percutian ke Melaka lagi!

Esok kami sekeluarga akan ke Melaka. Al-maklumlah musim cuti sekolah. Aktiviti ni memang dah dirancang sejak awal tahun haritu namun tak sangka wife decide nak stay kat hotel yang sama seperti tahun lepas.Cuma kali ni kami dapat harga mahal sedikit dari sebelum.

Anda boleh baca artikel review pandang pertama kami berkenaan The Shore Hotel and Residences, Melacca.

Untuk kali ni, penginapan 3H2M, Agoda charge kami RM364. Saya booking via Shopback so dapat lah cashback dalam RM16 gitu. Jadilah dari tak dapat apa-apa kan. Bagi anda yang berminat dan teringin nak makan angin di Melaka, saya memang highly recommend anda stay kat sini.

Doakan makan angin kami se smooth yang mungkin ye. Agak ralat sikit sebenarnya sebab kali ni kami bercuti waktu cuti sekolah. So boleh expect ke-hactic-an. Nantikan review ke 2 kami minggu depan.

Review 3H2M di Shore Hotel and Residences


Bilik - Studio Suite


Sama je keadaan di dalam. Boleh rujuk artikel saya tahun lepas di sini. Cuma kali ni kami sekeluarga ditempatkan di tingkat 13A. Actually ianya tingkat 14, tapi maybe menurut kepercayaan bangsa China,

Nombor 4 ni considered unlucky number in Chinese because it is nearly homophonous to the word "death" ~ Encik Google

Kami tak kisah pun sebenarnye sebab tahu pun pasal ni selepas balik. Hahaha Selain bab tingkat ni, bagi yang berminat nak datang ke sini, wajib baca pasal air-cond di Hotel ni. Kenapa? Baca di sini

View Swimming Pool


Kalau lawatan kami sebelum ni, view dia memang redup sebab berhadapan dengan bangunan Swiss Garden. Lagi satu dah boleh dengar keriuhan kalau ada orang dah start mandi di bawah.

View Bandar Melaka


Untuk stay kali ni, kami sekeluarga dapat tengok bandar melaka. Memang cantik! Nah saya belanja dua gambar dari view balkoni kami di The Shore Hotel and Residences Melaka. Maaf lah sebab memang totally lupa nak snap picture time siang hari. Al-maklumlah berjalan je kerjanya.

View dari balkoni The Shore Hotel and Residences Kanan
View Kampus UiTM Badaraya Melaka
The Shore Hotel and Residences Balcony View
View yang sangat cantik

Makanan


Bab yang paling penting untuk di update! Seriously makanan di sini memang sangat sedap especially croissant. Memang consistant rasa dia macam tahu lepas. Korang yang datang jangan lepaskan peluang untuk rasa croissant di The Shore Hotel and Residences Melaka.

Menginap Ketika Musim Cuti Sekolah


Adakah ia suatu pilihan yang terbaik? Oh tidak sesama sekali. Pada kali pertama kami ke sini adalah bukan musim cuti sekolah. Kali ini ianya cuti sekolah. Perasaan?

Memang ralat sikit lah! Apa yang ralatnya?

  1. Masa menunggu untuk check-in agak lambat
  2. Masa menunggu untuk turun naik lif agak lama. Asyik "full load"

Itu je bagi kami. Jika anda tanya menyesal tak untuk ke sana time cuti sekolah? Saya jawab tidak sebab swimming pool happening sangat! Yang penting anak-anak gembira.

Adakah tahun hadapan kami akan ke The Shore Hotel & residences lagi? Nantikan!