letupan di gaza akibat serangan israel laknatullah
Dunia dikejutkan sekali lagi bila tentera israel laknatullah dah bersiap sedia nak serang Gaza.Itu beberapa minggu lepas punya cerita. Tengok perkembangan di facebook Aman Palestin, ramai saudara-saudara kita yang dah terkorban.

Ini antara update yang saya perolehi dari Aman Palestin

  1. Semua laluan di kawasan Gaza ketika ini telah ditutup oleh tentera Israel.

  2. Nelayan telah dilarang untuk turun ke kawasan perairan Palestin.

  3. Bekalan tidak boleh masuk ke kawasan Gaza sedangkan rakyat Palestin bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

  4. Rakyat Palestin di Gaza terperangkap disebabkan oleh Netanyahu menghalang perjalanan US/AIPAC kembali ke "Israel" sebagai tindakan balas dendam.

  5. Setakat ini, 10 kawasan telah disasarkan oleh serangan udara dari Israel dan keadaan dijangka menjadi serius apabila Israel mengarahkan tenteranya menuju ke sempadan Gaza untuk bersedia melakukan serangan. 

Sedih dan marah bercampur. Memang seluruh dunia dikejutkan dengan berita ini namun persoalannya terkejutkah semua? Atau sekadar buat tak tahu. Abaikan propaganda media barat. Apa peranan kita di sini?

Memang kita tidak mampu menyumbang apa-apa especially dari segi ketenteraan namun kita ada doa dan wang ringgit. Ingatlah bahawa "doa itu senjata orang mukmin". Selepas selesai solat, doakan untuk mereka sekali. Jika ada wang lebih boleh bantu dengan membuat sumbangan ke tabung-tabung yang "legit".

So saya menyeru rakan-rakan pembaca, tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun, mohon doakan kesejahteraan rakyat Gaza di Palestin. Jika ada ternampak perkongsian berkenaan isu-isu di Palestin tak kira di facebook atau di instagram, mohon tekan butang share agar perkongsian itu membawa doa-doa rakan lain yang membaca. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

sayang dan pelihara gaza palestin
Islam agama kedamaian.