Kredit: Mohd Faiz bin Abdul Manan |
Kami melawat Zoo Melaka pada hari ke dua. Memang dah plan awal-awal sebab dah janji dengan abang amin dan adik fateh nak bawak. Kalau tak asyik dok tanya, "abi bila nak pergi zull?". Haa tu ayat adik fateh. Zul tu nama atok ayah dia.
Parking
So macam biasa, pergi waktu cuti sekolah. Parking penuh bosskur! Untuk makluman, parking di kawasan zoo melaka ni berbukit ye. So akan menjadi satu cabaran jika yang datang tu mengandung atau kurang upaya (wheelchair atau bertongkat). Boleh tahan jugak dia punya kecerunan. Ade la 40 darjah untuk mendaki ke kaunter tiket. Tapi jangan risau, sebab sampai je kat situ ade dua buah food truck. Boleh lepaskan lelah kat situ sambil minum juice sementara tunggu husband pergi beli tiket. Bawak la stroller ye kalau tak tahan nak mendukung.
Kaunter Tiket Zoo Melaka |
Disebabkan kami berlima, my wife beli tiket masuk "Day Zoo" plus "Tram Rides". Why ambil tram rides? Sebab nanti penat! Petang nak jalan lagi. Trust me, even though zoo melaka ni tak sebesar zoo negara, kalau berjalan kaki memang penat.
Macam biasa, masuk je entrance mereka suruh bergambar dulu. Terpulang kat korang nak ambil gambar ke tak. Dorang tak paksa pun untuk beli. Saya dan family ok je mereka suruh posing. Sambil-sambil mereka ambil gambar, saya minta salah seorang cameraman tu ambil gambar guna handphone sendiri. Hehehe
Bird Show
Bird Show start jam 11 pagi dan 3.30 petang |
Dah habis ambil gambar, cameraman tu cakap ade bird show kat depan tu. Kebetulan time tu memang jam 11. So berlari-lari anak lah kami. Time sampai di kawasan bird show tu punya lah ramai orang (
Mini stage untuk bird show |
Serius panas. Kipas tu tak rasa apa pun! |
So kami duduk lah kat mana yang ade ruang. Honestly kawasan show ni sangat panas. So cari tempat duduk yang mengadap kipas. Maybe sebab tempat tu terbuka, ada bumbung sikit je, orang pulak berpusu-pusu masuk, karbon dioksida dibebaskan dengan rakusnya. Ini teori semata-mata!
Tips ke Zoo Melaka
- Bawa kipas. Panas baqhang. Sian kat anak kecil je
- Bawa roti dan air masak selebihnya
0 Comments