Sabtu lepas kami sekeluarga ke Setia City Mall untuk tonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Booking via GSC apps untuk memudahkan urusan pembelian tiket. So disebabkan wayang start jam 11 pagi, pukul 930 kami dah bertolak. Saya ni tak suka rushing-rushing last minutes so siap cepat-cepat then terus jalan.

Sampai je kat SCM, terus redeem popcorn dan air. Masa tu ada la lagi 30 minit sebelum boleh masuk. So biarkan anak-anak main di sekitar Golden Screen Cinema. Kat level 7 ni kan happening. Ade bowling, molly fantasy, tempat pun luas, seronok la anak-anak berlari sana sini. Lari sana sini jangan biarkan macam tu pulak ye, kang hilang pulak!

poster upin-ipin keris siamang tunggal
Sempat ambil gambar you olls!

Tepat jam 11, hall untuk citer Upin Ipin ni dah boleh masuk. Berpusu-pusu orang masuk. Punya la ramai. So row kami di level E. Bagi saya row E ni kira cantik dah dia punya view. Tak begitu dekat dan tak begitu jauh. Tengok skrin pun sedap leher (harap korang faham).

Time awal-awal masuk kan cinema belum deem the light kan? So boleh nampak la orang sekeliling. Tiba-tiba al-fateh terjumpa kawan lama dia pulak di row belakang kami. Abis riuh. Tahu la budak-budak bila dah lama tak jumpa. Tejoget-joget nak tegelak rasa. Then my wife pesan sekarang takpe, nanti bila dah start kena duduk elok-elok. Nasib baik di follow. Kuss semangat!

makan popcorn di GSC
Awal-awal dah makan popcorn!

Review Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal


Ini bukan review yang serius ye. Ini review seorang panda so jangan serius sangat.

Ibu bapa zaman sekarang memang tak asing lagi dengan cerita Upin & Ipin. Boleh kata memang kenal la semua watak-watak yang ada. Lagipun dah biasa buka kan cerita ni di youtube. Tapi untuk Keris Siamang Tunggal ni, jalan certia dia memang berbeza.

Apa yang boleh saya simpulkan, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal memang special

Jalan cerita

Memang sangat best. Bukan je anak-anak, mak ayah pun terpengaruh sekali sebab penerbit atau pembuat cerita ni sangat bijak! Why saya cakap sangat bijak? Sebab Filem Upin & Ipin kali ni memperkenalkan kembali watak-watak dongeng yang pernah para ibu bapa familiar suatu ketika dahulu seperti Mat Jenin, Ibu dan anak derhaka Si Tanggang, Bawang Merah, Bawang Putih, Raja Bersiong, Singapura Dilanggar Todak, Batu Belah Batu Bertangkup dan Nujum Pak Belalang.

Wakat-watak ni diperkenalkan scene by scene. Setiap watak ada time frame penceritaan yang tersendiri. So ia memberi peluang dan masa untuk penonton selami setiap watak. Saya memang tak expect akan dengar kembali nama watak-watak macam Raja Bersiong, Si Tanggang dan Mat Jenin. Kehadiran watak ni memang membuatkan kita teringat zaman kecil.

Lagu-lagu filem

Punya lah sedap lagu-lagu dalam filem ni especially Buai Laju nyanyian Ernie Zakri. Lagu ni korang hanya akan dengar time scene Bawang Merah tengah naik buai. Bagi saya yang sangat suka pada alunan muzik, gubahan lagu ni memang sangat unik. Satu lagi lagu yang best Keris Sakti - Fakhrul Razi. Lagu ni lebih rancak. Watak Nakhoda Ragam yang menyanyi lagu ni di kawasan pelabuhan yang diberi nama Pelabuhan Megah.

Kualiti animasi

Cantik dan menarik. Saya pasti kita tak akan rasa malu jika orang luar tengok filem ni dengan kualiti yang diberikan. Memang bangga sebab tambahan pula ianya di produksi hampir 99% di hasilkan oleh warga tempatan. Malaysia boleh!

Bagi yang belum menonton, pergi la bawak anak-anak tengok. Serius memang tak rugi. Saya dan anak-anak enjoyed sangat tengok filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Mungkin animasi ni akan menjadi penandaaras atau benchmark bagi filem animasi di Malaysia. Tahniah kepada Les Copaque kerana telah menjadikan filem ini suatu kebanggan bagi rakyat Inderaloka Malaysia.

Bagi yang dah tonton, apa review korang dengan filem ni? Share sikit pendapat korang!